Buli jalanan: Lelaki direman empat hari

Seorang lelaki kini direman empat hari bagi siasatan dipercayai melakukan road bully di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.
Seorang lelaki kini direman empat hari bagi siasatan dipercayai melakukan road bully di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang dipercayai membuat provokasi melampau dengan menumbuk dan meludah kereta seorang pemandu lain selepas perselisihan faham di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara di sini direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 61 tahun itu direman sehingga Selasa ini.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, polis telah menahan lelaki terbabit pada jam 7 petang di Kota Damansara selepas menerima laporan daripada pengadu iaitu seorang penuntut berusia 22 tahun pada jam 4.45 petang kelmarin.

Difahamkan, penuntut itu mendakwa berlaku perselisihan faham ketika hendak menukar lorong hingga menyebabkannya membunyikan hon beberapa kali.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu dengan berhemah dan bersabar. Usah sesekali ambil tindakan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain dan diri sendiri.

"Fikirkanlah keluarga dan akibat daripada tindakan itu," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook dan WhatsApp video memaparkan tindakan seorang lelaki yang meludah serta menumbuk kereta pengadu.

Artikel Berkaitan:

Pemandu lelaki terbabit juga dilihat menunjukkan isyarat lucah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!