Lelaki hilang ketika memancing ditemukan lemas

Mayat mangsa ditemui berhampiran Jeti Lenga, pagi tadi. - Foto Bomba
Mayat mangsa ditemui berhampiran Jeti Lenga, pagi tadi. - Foto Bomba
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki yang hilang ketika memancing kelmarin ditemukan mati dipercayai lemas berhampiran Jeti Lenga kira- kira jam 7.50 pagi tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I, Hairulnizam Riduan berkata, mayat Mohd Ridhuan Idrus, 47, yang dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian ditemukan kira- kira 500 meter dari jeti tersebut.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Muar dan operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.25 pagi tadi.

Kelmarin, Mohd Ridhuan dilaporkan hilang di tepi sungai berhampiran Jeti Lenga selepas keluar memancing bersama rakannya.

Pasukan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat dibantu nelayan selepas menerima panggilan kecemasan kira- kira jam 8.52 malam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!