Covid-19: Malindo minta kakitangan bercuti tanpa gaji

Malindo Air
Malindo Air
A
A
A

SHAH ALAM - Permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan yang merosot akibat penularan koronavirus (Covid-19) memaksa syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Air melaksanakan beberapa langkah bagi menghadapi kekurangan pendapatan.

Menurut laporan media, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, langkah tersebut termasuk meminta kakitangan mengambil cuti dua minggu tanpa gaji.

Selain itu katanya, pihaknya juga menggantung penerbangan dan merayu pembekal untuk penangguhan bayaran serta meminta kakitangan mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela.

“Dengan hati yang berat, tanpa banyak lagi pilihan kukuh. Kami kini tiada pilihan selain meminta anda masing-masing mengambil potongan hingga 50 peratus daripada gaji asas untuk beberapa bulan akan datang sehingga keadaan kembali normal,” katanya dalam satu memorandum.

Difahamkan sebagai sebahagian daripada potongan gaji itu, kakitangan diminta mengurangkan bilangan hari bekerja mereka hingga 15 hari sebulan.

Setakat ini, Malindo Air belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, seorang kakitangan Malindo Air yang enggan namanya didedahkan memberitahu Sinar Harian bahawa kakitangan syarikat itu bersetuju dengan langkah yang diambil bagi menyerap impak kos operasi akibat penularan Covid-19.

"Kami bersetuju kerana sekurang-kurangnya kami tidak diberhentikan. Kami menyedari isu ini akibat dari Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!