Tun M ceria beriadah tunggang basikal

Dr Mahathir berbasikal mengelilingi tasik Putrajaya semalam. - Foto: FB TUN MAHATHIR
Dr Mahathir berbasikal mengelilingi tasik Putrajaya semalam. - Foto: FB TUN MAHATHIR
A
A
A

PUTRAJAYA – Krisis politik melanda negara kini tidak menghalang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil masa untuk melakukan riadah.

Menerusi hantaran di Facebooknya semalam, Dr Mahathir berkongsi beberapa foto beliau berbasikal bersama sekumpulan individu mengelilingi tasik Putrajaya.

Dalam gambar itu Dr Mahathir kelihatan tersenyum dan ceria kerana dapat meluangkan masa beriadah.

“Saya berbasikal di keliling tasik Putrajaya pagi tadi (semalam). Badan yang cergas dan stamina yang kuat amat penting dalam melaksanakan aktiviti atau pekerjaan yang kita mahu lakukan,” tulis beliau menerusi hantaran berkenaan.

Selepas berbasikal, beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di Kedah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!