Selangor, Perak sama kuat di Bukit Jalil
SELANGOR dan Perak sekadar berpuas hati membawa pulang satu mata apabila terikat 1-1 pada aksi Liga Super di StadiumNasional Bukit Jalil, malam tadi.
Perlawanan yang bermula dengan tempo pantas itu menyaksikan pemain Perak, Leandro Dos Santos dilayangkan kad kuning seawal minit kedua selepas mengasari pemain Selangor, Brendan Gan.
Seminit kemudian giliran Brendan Gan pula mencemaskan gawang Perak, apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan.
Bagaimanapun, Brendan sekadar menolak bola lemah sekali gus menyaksikannya berjaya diselamatkan penjaga gol Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz.
Perak bagaimanapun berjaya membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Muhammad Shahrel Md Fauzi selepas melepasi kawalan pertahanan Selangor sebelum merembat menewaskan penjaga gol tuan rumah, Khairul Azhan Khalid.
Tersentak dengan jaringan berkenaan kesebelasan The Red Giants mula bangkit mengatur serangan ke kubu The Bos Gaurus dalam usaha menyamakan kedudukan.
Asakan-asakan berkenaan akhirnya berhasil apabila penyerang import,
Ifedayo Olusegun menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-30.
Perlawanan selepas itu lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang tanpa sebarang tambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan hingga tamat babak pertama.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.
Namun semua percubaan yang dilakukan ke gawang lawan masing dilihat gagal menepati sasaran selain dikekang benteng pertahanan hingga ke wisel penamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!