Penuntut kolej maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa nahas kemalangan di Gunung Rapat pagi tadi. Gambar kecil: R Vishnu. Foto: JBPM Perak.
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa nahas kemalangan di Gunung Rapat pagi tadi. Gambar kecil: R Vishnu. Foto: JBPM Perak.
A
A
A

IPOH - Seorang penuntut kolej maut selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Persiaran Wira Jaya Timur 50, Gunung Rapat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, R Vishnu, 23, yang memandu kereta jenis Perodua Kenari disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kemalangan itu membabitkan Perodua Kenari dan Proton Iswara yang dipandu warga emas berusia 63 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dari arah Taman Rapat Perdana telah melanggar bahagian belakang kereta Proton Iswara ketika melalui lokasi tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbalik menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta manakala Proton Iswara telah terbabas ke kiri bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nahas membabitkan dua kenderaan telah mengorbankan seorang pelajar kolej. Foto: JBPM Perak
Nahas membabitkan dua kenderaan telah mengorbankan seorang pelajar kolej. Foto: JBPM Perak

Menurutnya, khidmat bomba dipanggil untuk membawa keluar mayat mangsa sebelum dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Dalam kejadian itu, warga emas terbabit yang bekerja sebagai peniaga kedai makan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

“Hasil pemeriksaan mendapati Perodua Kenari tersebut mengalami kerosakan di hadapan bahagian kiri manakala kereta Proton Saga remuk di bahagian belakang,” katanya.

A Asmadi berkata, pihaknya telah merakam gambar di lokasi kejadian dan kenderaan terlibat dibawa untuk pemeriksaan pihak Puspakom.

“Tiada tangkapan dilakukan dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!