Pembantu tadbir kanan wanita ditahan
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seorang pembantu tadbir kanan wanita di sebuah pusat pemulihan akhlak selepas dipercayai terlibat berhubung 90 tuntutan palsu bernilai lebih RM149,000.
Suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 1.50 petang selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini.
Suspek dipercayai membuat 69 tuntutan palsu bagi rawatan perubatan untuk diri beliau, suami dan ayahnya yang dianggarkan bernilai lebih RM117,000 sedangan rawatan tersebut tidak pernah dilakukan.
Siasatan awal juga mendapati wanita itu membuat 25 lagi tuntutan palsu bagi pembelian ubat dan satu tuntutan palsu pembelian alatan ortopedik yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000, sedangkan pembelian tersebut tidak pernah dibuat,” katanya ketika dihubungi.
Menurut sumber, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.
“SPRM juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kota Bharu esok,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!