Bulan & Pria Terhebat, Aksi Luar Biasa ‘Hero’ Wanita

Bulan & Pria Terhebat
Bulan & Pria Terhebat
A
A
A

LIMA tahun lalu nama Ghaz Abu Bakar menjadi sebutan ramai atas kejayaannya menghasilkan filem pecah panggung, Polis Evo, kini pengarah tersebut kembali dengan buah tangan terbaharunya, Bulan & Pria Terhebat (BPT).

Melihat pada judulnya, mungkin ada menyangka ia filem dari negara seberang, hakikatnya filem yang menelan belanja pembikinan sebanyak RM4 juta itu merupakan filem dihasilkan penggiat seni tempatan.

BPT yang menjalani penggambaran selama 45 hari bermula Disember 2018 itu mengisahkan tentang Bulan, seorang pelatih pasukan khas dari Indonesia yang menyeludup masuk ke Malaysia kerana mencari adiknya yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Bulan bertemu dengan Haris, seorang pemandu e-hailing dan menawarkan sejumlah wang untuk membantu mencari adiknya.

Mereka berdepan bahaya apabila ketua sindiket tersebut, Ricky dan pembantunya Agus menghantar pembunuh upahan bernama Tony untuk memburu mereka.

BPT tampil dengan jalan cerita kemas dan skrip menarik daripada Ghaz sendiri. Mudah difahami penonton dan mempunyai daya penarik tersendiri untuk mengikat penonton mengikuti cerita sehingga ke penghujungnya.

Kombinasi aksi dan komedi berjaya disatukan dengan cukup kreatif oleh Ghaz menjadikan filem terbitan Nizra Entertainment, Astro Shaw dan Skop Productions itu cukup menghiburkan dan berpotensi besar meraih kutipan tiket yang tinggi.

Lebih daripada itu, BPT yang membawa mesej girl power turut menyaksikan kehebatan wanita sebagai peneraju dan penggerak kepada jalan cerita yang tidak kalah dalam aksi yang selalunya didominasi oleh lelaki.

Artikel Berkaitan:

Zahirah Mac Wilson sebagai Bulan tampil dengan lakonan cemerlang, tentunya menjadi antara tarikan utama filem itu. Rata-ratanya memberi pujian dan ternyata dia bekerja keras untuk filem pertamanya itu. Puas menonton aksi hebat Zahirah yang tidak kekok bergasak dan nun pada babak-babak aksi yang mencabar.

Secara keseluruhannya, BPT yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan mulai 12 Mac depan merupakan sebuah filem wajib tonton.ampak bersahaja dalam setiap aksinya.

Selain itu, kehadiran Bell Ngasri juga menjadi satu tarikan yang tidak boleh dinafikan. Setiap kali muncul, Bell mudah sahaja mencetuskan gelak tawa penonton dengan lakonannya.

BPT turut menarik perhatian menerusi kerja-kerja kameranya yang kreatif sehingga berjaya menghasilkan banyak shot menarik dan cantik meskipun pada babak-babak aksi yang mencabar.

Secara keseluruhannya, BPT yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan mulai 12 Mac depan merupakan sebuah filem wajib tonton.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!