Liga Premier perlu lebih liputan

Antara penyokong yang menyaksikan perlawanan TFC II menentang Perak II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin.
Antara penyokong yang menyaksikan perlawanan TFC II menentang Perak II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin.
A
A
A

SAINGAN Liga Premier memerlukan lebih liputan dan ruang di media massa dalam usaha menarik lebih ramai penonton ke stadium bagi menyaksikan perlawanan khususnya melibatkan pasukan berstatus 'feeder'.

Ketua Jurulatih Perak II, Abu Bakar Fadzim berkata, tumpuan penyokong bola sepak di negara ini lebih banyak tertumpu kepada saingan Liga Super kerana mendapat liputan yang lebih meluas di media-media massa.

Menurutnya, Liga Super juga menjanjikan kemeriahan tersendiri apabila menampilkan para pemain berkualiti termasuk dari segi momentum, kelasakan dan pergerakan bagi mana-mana pasukan.

“Saingan Liga Premier pula mungkin kemeriahannya agak berkurangan sedikit buat ketika ini. Namun saya percaya kemeriahan serta keghairahan berkenaan akan mula meningkat selepas ini.

“Sekali gus, ia akan mewujudkan kemeriahan tersendiri bagi saingan Liga Premier dengan peningkatan kehadiran penyokong dan sebagainya,” katanya selepas perlawanan yang menyaksikan skuad kendaliannya tewas 0-2 kepada Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sementara itu, Abu Bakar menyifatkan kekalahan berkenaan akibat faktor kelekaan dan kesilapan mudah dilakukan para pemain pelawat khususnya di bahagian pertahanan.

Katanya, jentera serangan Perak II juga gagal menyempurnakan deretan peluang untuk menjaringkan gol sepanjang perlawanan yang berlangsung amat sengit itu.

“Kita menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang. Tetapi sayang, kebanyakan peluang gagal disempurnakan dan kita juga dihukum akibat kelekaan pemain.

Artikel Berkaitan:

“Perak II perlu tampil lebih baik pada perlawanan seterusnya terutamanya dengan memastikan kestabilan benteng pertahanan dan bahagian serangan,” katanya.

Bagi Jurulatih TFC ll, Roshadi Wahab pula, dia mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi dipamerkan para pemainnya pada perlawanan berkenaan, sebaliknya mahu mereka berusaha memperbaiki kelemahan sekiranya berhasrat untuk pergi lebih jauh musim ini.

“Saya lihat masih banyak lagi kesilapan kecil dilakukan oleh para pemain TFC II yang boleh diambil kesempatan lawan untuk menjaringkan gol,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!