Adik mangsa kemalangan maut dilapor stabil
SABAK BERNAM - Seorang adik kepada mangsa kemalangan maut membabitkan dua motosikal di Batu 40, di sini Sabtu lalu dilaporkan dalam keadaan stabil.
Bapa saudaranya, Mohd Fauzi Hashim, 40, berkata, kanak-kanak itu, Muhammad Fariz Zaquan Mohamad Taufik, 10, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sungai Buloh.
"Alhamdulillah keadaannya semakin pulih dan boleh mengenali ahli keluarga lain yang datang menziarah di hospital," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Fauzi berkata, beliau berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan kesihatan Muhammad Fariz terutama di media sosial.
"Saya sendiri terkejut apabila ada yang mengatakan Muhammad Fariz dalam keadaan kritikal sedangkan perkembangannya semakin pulih.
"Saya berharap masyarakat berdoa Muhammad Fariz diberikan kesihatan lebih baik dan tabah menghadapi segala ujian ini," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Mayat terbaring rupanya anak saudara'
Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan, abang maut, manakala adiknya cedera apabila motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah motosikal lain di Batu 40 di sini.
Kejadian itu mengakibatkan semua mangsa tercampak di atas jalan raya hingga mengakibatkan seorang mangsa, Muhammad Farihin Idham Mohamad Taufik, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Turut terbabit dalam kemalangan itu ialah Muhammad Fariz yang parah pada bahagian kepala manakala penunggang sebuah motosikal lain berusia 21 tahun patah kaki dan tangan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!