PM tiba di Perdana Putra selepas menghadap Agong
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra di sini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.
Muhyiddin dilaporkan menghadap Seri Paduka untuk mempersembah dan mendapat perkenan sebelum mengumumkan senarai barisan Jemaah Menteri pada petang ini.
Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat masuk ke Perdana Putra pada jam 1.13 tengah hari.
Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!