Kemudahan OKU 'diragut' penunggang motosikal

Ayen membuat tinjauan di sebuah pasar raya dan menyaksikan parkir dan garisan kuning untuk kemudahan OKU disalah guna oleh golongan tidak bertanggungjawab.
Ayen membuat tinjauan di sebuah pasar raya dan menyaksikan parkir dan garisan kuning untuk kemudahan OKU disalah guna oleh golongan tidak bertanggungjawab.
A
A
A

SEMENYIH - Seorang pengguna alam maya melahirkan rasa kecewa menyaksikan sikap penunggang motosikal mementingkan diri apabila mengambil kesempatan menggunakan kemudahan parkir disediakan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pasar raya di sini.

Kekecewaan tersebut disuarakan oleh Ayen Razali di Facebooknya hingga tular di laman sosial.

Pengguna berkenaan yang mewakili OKU turut menyifatkan sikap mementingkan diri tanpa memikirkan kesulitan OKU membebankan golongan tersebut terutama ketika parkir di pusat membeli-belah.

"Garisan kuning disediakan untuk memberi ruang kepada pemandu kereta yang berkerusi roda untuk turun dan naikkan kerusi roda dari kenderaan.

"Ruang tersebut bukan untuk penunggang motosikal dan tolong faham keperluan kami," katanya.

Hantaran Ayen Razali di Facebook.
Hantaran Ayen Razali di Facebook.

Menurutnya, situasi tersebut seolah-olah tiada kesudahan kerana kerap kali menyaksikan tindakan penunggang motosikal parkir di ruang garisan kuning.

"Kepada warga Facebook (FB) yang prihatin, saya bagi pihak rakan OKU yang lain mohon tolong kongsikan 'post' ini, bukan untuk mencari publisiti murahan tapi demi untuk sampaikan mesej pada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Masalah 'ragut' parkir di garisan kuning tiada kesudahan sehingga kini. Bantulah kami," katanya.

Dalam pada itu, Ayen Razali juga memuat naik video berdurasi 1 minit 37 saat memaparkan dia melakukan tinjauan di sebuah pasar raya dan ternyata garisan kuning serta parkir OKU disalah guna oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Setakat ini, video berkenaan ditonton 9,800 kali oleh pengguna Facebook dan rata-rata mereka menyokong usaha Ayen dan berharap kesedaran kemudahan OKU dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!