GELANGGANG rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT) - Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri, Johor dirasmikan dengan suasana penuh gilang-gemilang sebentar tadi. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu JDT bernilai RM200 juta itu yang mampu memuatkan 40,000 penonton. Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pasti menjadi individu paling gembira dengan perasmian Stadium Sultan Ibrahim itu, sekali gus menjadi sejarah baharu buat JDT yang telah ditransformasi pada 2013. "Pembukaan Stadium Sultan Ibrahim menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan. Selaku sebuah kelab, JDT berkembang sejak detik transformasi pada 2013.