Istiadat angkat sumpah menteri esok

Muhyiddin (kanan) semasa mengumumkan pelantikan para Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali. Foto: Bernama
Muhyiddin (kanan) semasa mengumumkan pelantikan para Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Kabinet akan diadakan esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, istiadat berkenaan akan diadakan di Istana Melawati di sini jam 3 petang.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah umumkan.

"Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi rakyat dan negara," katanya dalam pengumuman barisan Kabinet sebentar tadi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Dalam pengumuman itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada ketua parti Perikatan Nasional yang telah memberikan panduan dan mandat kepadanya.

"Sepanjang minggu lalu saya berpeluang berbincang untuk membentuk Kabinet baharu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada parti yang memberi cadangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!