Mufti Wilayah Persekutuan dilantik menteri

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

PUTRAJAYA - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet.

Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu di bawah pentadbiran beliau.

Menurut Muhyiddin, Dr Zulkifli terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin bertemu Mufti Wilayah Persekutuan

Terdahulu pada 3 Mac lalu, Zulkifli membuat kunjungan hormat kepada Muhyiddin di pejabatnya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menyerahkan buku tulisannya berjudul Bayan Linnas (penjelasan isu-isu semasa) dan buku Matla’ al-Badrain karya Syeikh Muhammad Daud Al-Fatani.

Zulkifli turut memimpin bacaan doa sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!