PKKI: Peka jalin kerjasama dengan 81 kedutaan asing

Skim Perlindungan Sosial boleh dinikmati pekerja asing, pelajar dan pelancong dengan menawarkan perkhidmatan, kemudahan dan bantuan pada kadar yuran rendah untuk dimanfaatkan mereka yang berada di negara ini.
Skim Perlindungan Sosial boleh dinikmati pekerja asing, pelajar dan pelancong dengan menawarkan perkhidmatan, kemudahan dan bantuan pada kadar yuran rendah untuk dimanfaatkan mereka yang berada di negara ini.
A
A
A

KUANTAN - Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bakal menjalinkan kerjasama dengan 81 kedutaan asing di negara ini bagi menjelaskan mengenai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) kepada warga asing.

Pengarah (Pengurusan) PKKI, Kapten Simon Ee Yoong Pin berkata, PKKI telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan pihaknya mengambil inisiatif memperluaskan program bagi memberi penjelasan mengenai konsep PKKI yang dilaksanakan oleh Peka.

"Kita sebenarnya begitu komited membantu masyarakat antarabangsa (warga asing) yang berada di negara ini terutama dalam aspek kebajikan dan perlindungan sosial.

"Jadi, melalui pertemuan itu nanti, pihaknya akan berkongsi mengenai Skim Perlindungan Sosial yang telah dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Simon berkata, skim perlindungan itu boleh dinikmati pekerja asing, pelajar dan pelancong dengan menawarkan perkhidmatan, kemudahan dan bantuan pada kadar yuran rendah untuk dimanfaatkan mereka yang berada di negara ini.

Simon
Simon

Katanya, pelbagai faedah tunai disediakan kepada mereka dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka sepanjang berada di negara ini.

"Apa yang lebih penting, mereka dilindungi 24 jam insurans kemalangan dan kematian, khidmat pengurusan jenazah termasuk urusan pengebumian serta penghantaran pulang ke negara asal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, skim berkenaan turut menyediakan khidmat guaman kepada peserta yang memerlukan, khidmat pengurusan dokumentasi untuk membantu bagi mengelakkan ditipu sindiket dan talian bantuan 24 jam.

“Peserta juga akan diberi kad perkhidmatan mengandungi maklumat diri untuk rujukan yang mempunyai fungsi sistem Touch n Go untuk kemudahan sampingan berbelanja," katanya.

Dalam pada itu, beliau cukup yakin dan percaya dengan opsyen yang diberikan menerusi inisiatif skim Peka akan disambut baik oleh kedutaan.

Katanya, ia bagi menjamin dan meningkatkan kesejahteraan sosial warganegara mereka yang berdaftar di bawah program.

Menurutnya, sejak dilaksanakan pada Julai 2018, lebih 100,000 warga asing menyertai PKKI.

"Sehingga akhir tahun ini, Peka menyasarkan seramai sejuta orang akan menyertai PKKI.

"Harapan Peka untuk PKKI adalah ingin melihat organisasi antarabangsa mengambil langkah sama membantu dengan mewujudkan peluang seperti ini kepada rakyat Malaysia di luar negara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!