Menteri Kebudayaan Perancis dijangkiti Covid-19
PARIS - Menteri Kebudayaan Perancis, Franck Riester disahkan dijangkiti koronavirus (Covid-19) namun berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Xinhua.
Menteri itu pada minggu lalu menghadiri beberapa sesi perbahasan di Dewan Negara, memetik televisyen BFM.
Terdapat 1,412 kes di Perancis dengan 25 kematian setakat jam 3 petang (1400 GMT) Isnin, menurut Kementerian Kesihatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!