Covid-19: MPK buat saringan suhu badan

Kakitangan MPK melakukan saringan suhu badan terhadap pelanggan yang datang berurusan di Ibu Pejabat MPK bagi mencegah penularan wabak Covid-19. - Foto Ihsan MPK
Kakitangan MPK melakukan saringan suhu badan terhadap pelanggan yang datang berurusan di Ibu Pejabat MPK bagi mencegah penularan wabak Covid-19. - Foto Ihsan MPK
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil langkah proaktif dalam mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19) dengan menjalankan proses saringan suhu badan terhadap semua kakitangan dan pelanggan yang berurusan di bangunan ibu pejabatnya di sini.

Proses saringan itu dilaksanakan di kaunter lobi ibu pejabat MPK bermula 6 Mac lalu hingga keadaan kembali reda.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, setakat ini semua kakitangan dan pelanggan yang datang berurusan tidak menghadapi masalah dan memberi kerjasama baik untuk menjalani proses saringan suhu badan.

Menurutnya, kakitangan dan pelanggan yang menunjukkan gejala Covid-19 seperti batuk, demam dan sukar bernafas tidak dibenarkan memasuki premis serta dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan.

"Bagi mereka yang gagal dalam saringan, kita nasihatkan mereka agar menggunakan perkhidmatan secara atas talian e-Bayar yang disediakan MPK," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Norkamawati berkata, Pusat e-Bayar MPK merupakan pusat sehenti yang menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil-bil dan sebagainya secara elektronik melalui kemudahan MEPS FPX.

"Orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan ini boleh melayari portal rasmi MPK, www.mpk.gov.my atau melalui aplikasi Pahang Go," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!