Barisan Kabinet dilantik Muhyiddin seimbang: Pas Pahang
KUANTAN - Pas Pahang berpandangan, barisan Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pasukan yang seimbang dan boleh diterima rakyat.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, pelantikan menteri daripada pelbagai bangsa itu menunjukkan keseimbangan yang bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara ini.
"Kita juga lihat pembentukan Kabinet baharu ini menyeluruh dari sudut keperluan dan kepakaran pada bidang tertentu.
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum senarai Kabinet, lantik empat menteri kanan
"Misalnya, kita melihat ada lantikan dalam kalangan mereka yang mahir dalam bidang agama bagi tujuan portfolio agama, Menteri Kewangan yang dilantik pula adalah mereka yang selayaknya dalam bidang tersebut, begitu juga bidang-bidang lain secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Tambahnya, Pas amat berpuas hati dengan barisan Kabinet baharu dilantik itu dan berharap semua lantikan tersebut dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
"Kita percaya Kabinet ini boleh diterima masyarakat secara keseluruhannya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!