Istiadat angkat sumpah menteri Kabinet baharu
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini hari ini.
Turut berangkat pada istiadat yang bermula pada jam 3 petang itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis itu berlangsung susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.
Saf pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin itu terdiri daripada 31 menteri, termasuk empat menteri kanan serta 37 timbalan menteri.
Berikut senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, di Istana Melawati di sini hari ini.
KUMPULAN 1:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan)
Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan merangkap Menteri Kerja Raya)
Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Kanan merangkap Menteri Pendidikan)
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan)
Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
KUMPULAN 2
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar)
Datuk Seri M. Saravanan (Menteri Sumber Manusia)
Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita dan Keluarga)
Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi)
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas))
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
KUMPULAN 3
Datuk Seri Hamzah Zainudin (Menteri Dalam Negeri)
Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia)
Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan)
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan)
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli)
KUMPULAN 4
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar)
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara)
Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan)
Datuk Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
KUMPULAN 5
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)
Datuk Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
KUMPULAN 6
Datuk Eddin Syazlee Shith (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang))
Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Timbalan Menteri Kerja Raya)
Datuk Kamaruddin Jaffar (Timbalan Menteri Luar)
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Timbalan Menteri Pertahanan)
Muslimin Yahaya (Timbalan Menteri Pendidikan)
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Timbalan Menteri Kesihatan)
KUMPULAN 7
Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
Datuk Rosol Wahid (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
Jonathan Yasin (Timbalan Menteri Dalam Negeri)
Datuk Seri Dr R. Santhara Kumar (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan)
Datuk Mansor Othman (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
Ali Biju (Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli)
KUMPULAN 8
Willie Mongin (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
Datuk Abd Rahim Bakri (Timbalan Menteri Kewangan)
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri)
Mohd Shahar Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan)
KUMPULAN 9
Datin Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas))
Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia)
Datuk Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Datuk Aaron Ago Dagang (Timbalan Menteri Kesihatan)
Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pengangkutan)
KUMPULAN 10
Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan)
Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi))
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga)
Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
KUMPULAN 11
Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan)
Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar)
Senator Datuk Lim Ban Hong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
Senator Datuk Dr Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan) - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!