Harapan, aspirasi baharu daripada pucuk pimpinan baharu
PEMBENTUKAN Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam diharap mampu menyelesaikan masalah rakyat terutama dalam situasi kemelutan politik yang melanda kebelakangan ini.
Barisan Kabinet di bawah pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yasin haruslah menetapkan dasar dan hala tuju yang dapat memenuhi aspirasi dan menyelesaikan masalah rakyat.
Ia sudah tentukan akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang baharu.
Adalah penting barisan jemaah menteri bakal memberi isyarat arah tuju dasar negara terutama dalam urusan ekonomi dan cara menangani wabak penyakit koronavirus yang sedang menular.
Tempoh pemerintahan baharu ini adalah singkat iaitu kurang daripada tiga tahun sebelum menjelang PRU15 maka rakyat harus melihat kemampuan barisan Kabinet ini dalam menunaikan tanggungjawab.
Pemilihan golongan profesional dan teknokrat adalah satu elemen baharu di dalam pentadbiran baharu itu dan ia sudah pastinya memberikan harapan baru kepada rakyat kita.
Saya pasti rakyat kita sudah pasti mampu membuat perbandingan pemerintahan antara dua kerajaan yang berbeza. Politik dahulu amat berbeza dengan politik harus ini.
Kabinet dipilih secara jelas bersih daripada kontroversi atau terpalit sebarang dakwaan perbicaraan kes pecah amanah rasuah dan lain-lain.
Golongan berpengalaman, berkemahiran dan mewakili teknokrat serta bijak pandai dibawa ke Kabinet demi rakyat.
Menteri memerlukan kepakaran diambil agar kombinasi disempurnakan boleh memberikan keyakinan kepada rakyat.
Jelas kombinasi strategik diterjemahkan Perdana Menteri memberikan keyakinan bahawa aspek pembaharuan dalam struktur eksekutif negara akan membawa Malaysia ke hadapan dengan sokongan rakyat.
Persoalan sejauh manakah Kabinet baharu ini mampu menjalankan tugas akan dinilai rakyat dari semasa ke semasa.
Maka amat penting bagi pimpinan baru ini pandai menguruskan persepsi dan cara penyampaian.Kabinet ini haruslah cekap dan perlu bertindak penuh integriti dan barisan menteri dikemukakan bukan sahaja dianggap menarik, bahkan agak pasti dapat diterima rakyat sebagai kerajaan untuk semua lapisan masyarakat.
Pembentukan kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin harus kembali ke landasan yang betul dan tidak lagi terperangkap dengan konflik politik yang merugikan rakyat serta negara.
Ketiadaan Timbalan Perdana Menteri adalah pengumuman Kabinet yang dilihat dapat meleraikan keberadaaan pelbagai parti dalam Perikatan Nasional yang masih segar dan baharu.
Ternyata ia solusi terbaik yang menjadi kejutan dalam membina persepsi positif bagi memenuhi aspirasi rakyat.
Apa pun kita tunggu dan melihat strategi menerajui situasi penting dalam portfolio yang diamanahkan.
* H Puvaniten ialah Ketua Biru Perpaduan Nasional Gerakan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!