Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 27 kes

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Jumlah kes positif virus Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27 kes hari ini.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto sebanyak lapan lagi kes positif virus itu disahkan hari ini, berbanding 19 kes yang dicatatkan semalam.

"Kebanyakan kes positif Covid-19 di Indonesia adalah dalam kalangan mereka yang pulang dari luar negara," katanya di Istana Presiden di sini yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.

Achmad berkata, sembilan kes sebelum ini juga telah didapati negatif atau sembuh, namun mereka terbabit masih menerima rawatan intensif dan pemantauan rapi di di Rumah Sakit ( Hospital) Penyakit Infeksi Sulianti Saroso, Jakarta.

Indonesia kini mengetatkan lagi pemeriksaan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsanya, selain menyekat pelawat dari beberapa negara seperti Iran, Korea Selatan dan Itali bermula 8 Mac lepas.

Pada 2 Mac lepas, Indonesia, negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu turut tersenarai negara dijangkiti virus itu selepas dua warganegaranya di Depok (kota berhampiran Jakarta) disahkan positif Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!