Jangan terpedaya iklan tawaran JPJ palsu

JPJ berharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan iklan seperti ini di media sosial.
JPJ berharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan iklan seperti ini di media sosial.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran iklan penukaran nama geran kenderaan tanpa pemilik asal termasuk memperoleh lesen memandu tanpa perlu ujian dan memperbaharui cukai jalan tanpa perlu Puspakom sebagaimana tular di media sosial.

JPJ dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini menegaskan bahawa sebarang urusan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar hak milik kenderaan yang tidak mengikut prosedur ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak sah.

"JPJ juga telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!