Lelaki jatuh Jambatan Connaught ditemukan mati

Mayat mangsa ditemukan pada jam 8.12 pagi tadi kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh di Jambatan Connaught di sini.
Mayat mangsa ditemukan pada jam 8.12 pagi tadi kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh di Jambatan Connaught di sini.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Connaught di sini pagi semalam ditemukan mati dipercayai lemas pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mangsa terjatuh pada jam 8.53 pagi semalam.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berusia 35 tahun dijalankan pihaknya sebaik tiba di lokasi pada jam 9.02 pagi semalam.

"Sebaik menerima maklumat, sebuah jentera bersama 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

“Kerja-kerja mencari mangsa dilakukan anggota BBP Kota Raja dan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam. Operasi menyelamat ditanggungkan pada jam 6.30 petang semalam," katanya.

Kerja-kerja mencari mangsa dilakukan anggota BBP Kota Raja dan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam.
Kerja-kerja mencari mangsa dilakukan anggota BBP Kota Raja dan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam.

Pencarian mangsa diteruskan semula bermula jam 8 pagi tadi dan mayat mangsa ditemukan pada jam 8.12 pagi tadi kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!