Covid-19: Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin ditangguhkan
MOSCOW - Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin ditangguhkan antara satu hingga dua tahun ekoran wabak koronavirus (Covid-19), kata ahli lembaga jawatankuasa penganjur Haruyuki Takahashi lapor agensi berita Sputnik.
"Saya tidak fikir kejohanan itu boleh dibatalkan, ia mungkin akan dilewatkan sahaja.
"Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bakal berdepan masalah andai acara itu dibatalkan. Televisyen Amerika sahaja telah menyediakan peruntukan yang besar," katanya dalam temubual dengan Wall Street Journal (WSJ)
Takahashi berkata, kelewatan selama dua tahun itu dilihat pilihan terbaik kerana kebanyakan jadual sukan untuk 2021 sudah diputuskan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!