Covid-19: TNB tangguh program kayuhan berbasikal santai
KUALA LUMPUR - Program kayuhan berbasikal santai anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) yang dijadual pada 29 Mac di Teluk Batik, Perak, ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak penularan koronavirus (Covid-19).
TNB dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, langkah itu sejajar dengan fokus penganjur yang mengutamakan kesihatan dan keselamatan peserta.
“Pengumuman berkenaan penganjuran acara itu akan dimaklumkan kemudian. TNB mengucapkan ribuan terima kasih kepada 1,500 peserta yang telah mendaftar untuk acara itu dan sebarang kesulitan amat dikesali,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada sekretariat JMFR, Mohammad Aliff Mohd Sahimi di talian 05-6898182 atau e-mel aliff.sahimi@tnb.com.my. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!