Pelantikan sebagai menteri kanan satu tanggungjawab besar: Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika memulakan tugas rasminya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini. Foto Bernama
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika memulakan tugas rasminya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menganggap pelantikannya sebagai menteri kanan yang menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai satu tanggungjawab besar.

Mohamed Azmin berkata, beliau bersama pegawai kementerian akan menggembleng tenaga berpandukan aspirasi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memacu pelaburan antarabangsa dan domestik.

“Kita juga akan memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya,” katanya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih terhadap perdana menteri di atas kepercayaan yang diberikan untuk memegang jawatan itu.

Mohamed Azmin bersama 30 lagi menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!