Majlis kahwin sediakan 'hand sanitizer' untuk tetamu

Para tetamu diminta guna 'hand sanitizer' sebelum bersalaman dengan pasangan pengantin. - Foto AGENSI
Para tetamu diminta guna 'hand sanitizer' sebelum bersalaman dengan pasangan pengantin. - Foto AGENSI
A
A
A

JAKARTA - Sebuah rakaman memaparkan majlis perkahwinan meminta para tetamu menggunakan 'hand sanitizer' menjadi tular di media sosial.

Klip tersebut yang dikongsi pemilik akaun @calvingunawan_mc menerusi Instagram menunjukkan para tetamu beratur untuk memakai cecair pembasmi kuman tersebut sebelum bersalaman dengan pasangan mempelai.

"Majlis perkahwinan zaman ini. Pakai 'hand sanitizer'. Sebelum dan selepas," jelas kapsyen dimuat naik Calvin.

Menurut Calvin, majlis perkahwinan tersebut diadakan pada Ahad lalu di Balai Samudra, Jakarta Utara.

No Image Caption

"Penggunaan 'hand sanitizer' itu adalah hasil idea mempelai kerana mereka tidak mahu ada tetamu yang jatuh sakit susulan penularan koronavirus (Covid-19) yang telah mencatatkan 26 jangkitan di Indonesia," ujarnya.

Sementara itu, penganjur majlis itu, Johan memberitahu, pada mulanya dia bersama keluarga pengantin sukar mencari bekalan cecair pembasmi kuman itu.

"Kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan 'hand sanitizer'. Mujur kami berjaya mendapatkannya di beberapa tempat," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, beberapa 'hand sanitizer' ditempatkan di beberapa sudut di dalam dewan termasuk tempat sebelum naik ke pelamin dan kawasan para tetamu menjamu selera. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!