Tumbuk bapa, nelayan dipenjara 8 bulan

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 8 bulan kerana menumbuk bapanya.
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 8 bulan kerana menumbuk bapanya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gara-gara menumbuk bapa sehingga bengkak dagu, seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu setelah tertuduh, Mohd Fakhruddin Fouzi, 31, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bapanya yang berusia 57 tahun di sebuah rumah di Losong pada 27 Februari lalu kira-kira jam 2.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 326A KK turut berdepan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa telah membuat laporan polis pada jam 3.49 pagi pada 27 Februari lalu, selepas ditumbuk tertuduh.

Mangsa ditumbuk setelah cuba meleraikan pergaduhan antara tertuduh dan adik lelakinya sehingga mengalami sakit di bahagian dagu.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh kemudiannya melarikan diri selepas adiknya menghubungi polis, namun berjaya ditahan polis di rumah kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 8 Mac lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!