RM40,000 lesap selepas beri kata laluan akaun bank

 Seorang wanita menanggung kerugian RM40,000 apabila wang simpanan dalam akaun miliknya lesap selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam semalam.
Seorang wanita menanggung kerugian RM40,000 apabila wang simpanan dalam akaun miliknya lesap selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam semalam.
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita menanggung kerugian RM40,000 apabila wang simpanan dalam akaun miliknya lesap selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 26 tahun telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya pada jam 12.53 tengah hari.

Menurutnya, individu terbabit memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai di sebuah syarikat yang didaftarkan pada 2017 sebanyak RM13,000.

Beliau berkata, bagaimanapun panggilan itu telah disambungkan kepada dua pegawai polis yang didakwa bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Pegawai terbabit bertanya kepada mangsa sama ada mengenai seorang lelaki yang telah ditangkap di sempadan Thailand, namun mangsa menafikan.

"Mangsa kemudian dimaklumkan bahawa akaun banknya didapati telah digunakan dalam kes penggubahan wang haram dan talian disambungkan kepada Bank Negara," katanya dalam satu kenyataan hari.

Beliau berkata, tanpa berfikiran panjang mangsa telah memberikan nama dan kata laluan akaun bank dalam talian miliknya.

"Pada 8 malam semalam, mangsa menyemak dan mendapati wang simpanannya RM40,000 telah lesap dan tampil ke balai membuat laporan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat mengikuti Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!