Norlela angkat sumpah Exco Pulau Pinang

Norlela mengangkat sumpah sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan di Seri Mutiara hari ini.
Norlela mengangkat sumpah sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan di Seri Mutiara hari ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang hari ini.

Norlela mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, barisan Exco Pulau Pinang dan Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar di Seri Mutiara.

Pelantikan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri menerima cadangan dari PKR Pulau Pinang susulan jawatan tersebut dikosongkan Dr Afif Bahardin, 4 Mac lalu.

Norlela berkata, beliau bersyukur kerana majlis berjalan lancar selain bertekad akan melaksanakan tanggungjawab baharu itu dengan baik.

"Alhamdulillah majlis disempurnakan dengan baik. Saya akan memulakan tugas dengan mendengar taklimat mengenai Covid-19 untuk mengetahui keadaan semasa. Pulau Pinang dah ada satu kes jadi saya harap kita dapat mengekang masalah ini agar ia tidak seperti tempat lain.

"Syukur saya dengan tanggungjawab dan kepercayaan ini untuk dipikul dengan sebaik mungkin," katanya ketika ditemui media tadi.

Minggu lalu, kerajaan Pulau Pinang mengesahkan Afif meletak jawatan sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Kon Yeow.

Surat itu diserahkan sebelum Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang pada jam 8.15 pagi, 4 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Afif hanya meletak jawatan sebagai Exco dan masih ADUN Seberang Jaya berikutan beliau masih ahli PKR.

Afif merupakan antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ARTIKEL BERKAITAN: Afif mengaku terima tekanan, desakan lepas jawatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!