MAIK perkasa pengurusan kewangan masjid

Tengku Mohamad Rizam (lima dari kiri) menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pengurusan Kewangan Masjid Bagi Siri 2 dan 3 Jajahan Kota Bharu di Machang semalam.
Tengku Mohamad Rizam (lima dari kiri) menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pengurusan Kewangan Masjid Bagi Siri 2 dan 3 Jajahan Kota Bharu di Machang semalam.
A
A
A

MACHANG - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan menerusi penganjuran kursus pengurusan kewangan masjid di negeri itu.

Yang Dipertuanya, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kerjasama strategik itu merupakan sebahagian daripada transformasi agensi itu ke arah memperkasakan lagi pengurusan kewangan masjid di seluruh negeri pada masa hadapan.

“Hasrat utama MAIK ialah supaya para pentadbir masjid mendapat gambaran yang jelas betapa pentingnya pengurusan kewangan masjid dengan lebih bersistematik kerana ia adalah satu tanggungjawab besar.

“Perkara ini perlu dilaksanakan dengan teliti dan mengikut tatacara yang sepatutnya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pengurusan Kewangan Masjid Bagi Siri 2 dan 3 Jajahan Kota Bharu di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman; Setiausaha MAIK, Rusydee Abdullah dan Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Madya Dr Zulkifli Mohamed.

Tengku Mohamad Rizam (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta kursus pengurusan kewangan masjid di UiTM Cawangan Kelantan di Machang semalam.
Tengku Mohamad Rizam (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta kursus pengurusan kewangan masjid di UiTM Cawangan Kelantan di Machang semalam.

Tengku Mohamad Rizam berkata, kursus yang dimulakan sejak tahun 2018 itu turut memberikan pendedahan kepada pentadbir masjid untuk mencari dana dalam melancarkan lagi pengurusan masjid.

Katanya, pengurusan yang kemas dan teratur akan memacu pentadbiran masjid ke arah lebih baik sekali gus dapat memperluaskan lagi peranan pusat ibadah itu dengan tidak hanya tertumpu kepada program agama semata-mata.

Artikel Berkaitan:

“Melalui jalinan kerjasama ini, pihak UiTM Cawangan Kelantan akan terus memberikan bimbingan secara berterusan kepada pihak pentadbir masjid.

“Bimbingan itu supaya mereka dapat menguasai sepenuhnya ilmu pengurusan kewangan dengan baik dan betul,” katanya.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, pihaknya berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan MAIK dalam berkongsi kepakaran ilmu kemahiran yang ada di UiTM Cawangan Kelantan.

Katanya, jalinan kerjasama itu membangkitkan lagi semangat UiTM Cawangan Kelantan untuk terus berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat.

Pengurusan kewangan masjid menjadi salah satu agenda MAIK dalam memperkasa peranan pusat ibadah itu di negeri ini.
Pengurusan kewangan masjid menjadi salah satu agenda MAIK dalam memperkasa peranan pusat ibadah itu di negeri ini.

Bagi Imam Tua Masjid Mukim Dewan Beta, Kota Bharu, Wan Haron Mahmood, program tersebut membuka lembaran baharu buat pentadbir masjid dalam aspek pengurusan kewangan.

Katanya, pendedahan itu dapat memperkasakan lagi perlaksanaan tugas khususnya melibatkan aspek kewangan pada masa hadapan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada MAIK dan UiTM di atas penganjuran kursus ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!