JAIS tangguh aktiviti tabligh susulan Covid-19
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan aktiviti tabligh di masjid dan surau di negeri ini sebagai langkah mengurangkan risiko penularan koronavirus (Covid-19).
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan itu susulan peningkatan kes yang menimbulkan kebimbangan orang awam.
Mohd Shahzihan Ahmad juga mahu semua pihak bekerjasama dan berusaha mengelak risiko Covid-19 menular di masjid dan surau.
"Amalkan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dengan sabun dan sanitizer, jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada individu yang mempunyai gejala demam, batuk dan bersin.
"Pastikan premis dalam keadaan bersih dan bebas kuman serta menggunakan topeng muka terutama kepada mereka yang menghidap selesema, batuk atau yang bergejala," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, penganjuran program melibatkan orang awam seperti kuliah, ceramah, majlis pernikahan masih boleh diteruskan namun disarankan mengambil langkah pencegahan dan kawalan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!