Warga Thailand jatuh bot dikhuatiri lemas
KUANTAN - Seorang lelaki warga Thailand dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan di Kampung Peramu di sini awal pagi tadi.
Mangsa dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang berlabuh di sebuah jeti di lokasi kejadian.
Kejadian berkenaan dikatakan dilihat saksi yang cuba membantu mangsa tetapi gagal.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.08 pagi sebelum 15 anggota termasuk lima pegawai dikerah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.
Menurutnya, operasi turut disertai anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dan anggota polis.
"Mangsa belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!