Persediaan Olimpik 2020 berjalan seperti biasa
TOKYO - Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, persediaan Jepun untuk penganjuran sukan Olimpik 2020 berjalan seperti biasa, meskipun Presiden Donald Trump menggesa kejohanan itu ditunda ekoran penularan wabak Covid-19.
Agensi berita Sputnik, memetik media Jepun pada Jumaat, melaporkan ahli lembaga jawatankuasa penganjur Haruyuki Takahashi kelmarin berkata, acara itu tidak dibatalkan hanya akan ditangguhkan selama satu atau dua tahun.
Sementara itu menurut sumber dalam Jawatankuasa Olimpik Greece semua keputusan mengenai sukan Olimpik 2020 akan diputuskan pada Mei.
Pada Khamis, Trump mengatakan kejohanan itu perlu ditangguhkan selama setahun.
Agensi berita Kyodo melaporkan Setiausaha Ketua Kabinet Yoshihide Suga berkata Abe telah menghubungi Trump berbincang mengenai perkara itu.
Antara lain Trump dan Abe turut berbincang mengenai langkah-langkah yang diperlukan untuk membendung penularan Covid-19.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!