Petugas KKM bertungkus-lumus jalankan saringan di Masjid Sri Petaling

Kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya menampal notis penutupan sementara di Masjid Sri Petaling untuk kerja-kerja disinfeksi ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) bertungkus-lumus menjalankan saringan Covid-19 di Masjid Sri Petaling di sini sejak dua hari lepas setelah seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Februari lalu disahkan positif virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan kementerian telah mendapat kerjasama penuh daripada semua pihak iaitu peserta, petugas dan pelajar.

"Pegawai kesihatan kami dari Lembah Pantai disokong oleh petugas dari negeri lain untuk mengesan dan menjejaki semua peserta.

"Ia sememangnya tugas yang besar dan menakutkan, namun kita perlu bersedia untuk berkongsi tanggungjawab kerana semua orang dapat membantu melindungi diri mereka dan masyarakat," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif Covid-19. -Foto Bernama
Proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif Covid-19. -Foto Bernama

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata masjid itu akan ditutup buat sementara untuk kerja-kerja disinfeksi.

Dr Adham juga menggesa mereka yang menyertai perhimpunan itu supaya segera diuji jika mereka mula mengalami gejala virus itu.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!