Malakat Mall mula operasi hari ini

Makalat Mall Mall memulakan operasi secara rasmi hari ini.
Makalat Mall Mall memulakan operasi secara rasmi hari ini.
A
A
A

CYBERJAYA - Kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall menempa sejarah tersendiri apabila mula beroperasi hari ini selepas hampir enam bulan membuat persiapan.

Pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim itu merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan Muslim.

Terletak di bandar teknologi Cyberjaya, Malakat Mall seluas lebih 13006.43 meter persegi dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat menyasarkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama.

Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim berkata, pusat membeli-belah itu antara usaha mengubah sistem ekonomi kapitalis kepada sistem Islam yang lebih adil dan bebas riba.

Konsep yang menjadikan Malakat Mall ini lebih daripada mall-mall biasa ialah konsep '7 minit Solat Break' di mana peniaga dan pengunjung juga bebas untuk bersolat di mana-mana sahaja di dalam kawasan Mall.
Konsep yang menjadikan Malakat Mall ini lebih daripada mall-mall biasa ialah konsep '7 minit Solat Break' di mana peniaga dan pengunjung juga bebas untuk bersolat di mana-mana sahaja di dalam kawasan Mall.

"Malakat Mall adalah milik kita semua, milik pengguna Islam kerana setiap perbelanjaan akan di pulangkan kembali kepada pengguna melalui pemberian dividen," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Majlis Pembukaan Malakat Mall di Cyberjaya hari ini.

Beliau berkata, selain dividen sebanyak 10 peratus dana juga akan diagihkan ke Save The Ummah Fund untuk projek transformasi golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya langkah berkenaan juga menjadi platform untuk membantu usahawan bumiputera mengetengahkan produk mereka.

Artikel Berkaitan:

"Pelanggan boleh mendapatkan produk yang sangat berkualiti di Malakat Mall ini. Kami berharap pengguna akan menyokong dan berkunjung untuk membeli-belah bagi membantu lebih ramai lagi usahawan bumiputera," katanya.

Pelanggan boleh mendapatkan produk-produk yang sangat berkualiti di dalam Malakat Mall ini.
Pelanggan boleh mendapatkan produk-produk yang sangat berkualiti di dalam Malakat Mall ini.

Katanya, antara tumpuan utama di Malakat Mall ialah Raudhah Grocer, sebuah hypermart yang menghimpunkan ribuan produk keluaran Muslim yang sangat berkualiti dan setanding jenama antarabangsa.

Jenama lain ialah Tahan Sports, Jojo Shoes, Petak, Conteng, Eebu, C&E, 2358 Fashion, Himawari, Togomen Homme, DIY Malaya dan Iqra Read Bookstore.

Malakat Mall merupakan satu-satunya pusat beli-belah di negara ini yang mempraktikkan amalan patuh syariah dan menghidupkan syariat Islam seperti laungan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat.

Antara keistimewaan Malakat Mall ialah konsep '7 minit Solat Break' iaitu peniaga dan pengunjung bebas bersolat di semua kawasan di pusat membeli-belah itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!