Pesakit suspek Covid-19 'larikan diri' takut ditahan

Baharuddin
Baharuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pesakit suspek Covid-19 yang menghilangkan diri semasa ditempatkan di khemah pengasingan sebuah klinik kesihatan di Seksyen 32 di sini semalam telah kembali semula ke klinik sama pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bukit Naga.

"Siasatan awal dijalankan mendapati pihak klinik telah menerima seorang pesakit lelaki berusia 54 tahun yang mempunyai tanda Covid-19 yang mana pesakit juga terlibat dengan himpunan tabligh di Sri Petaling.

"Pesakit telah ditempatkan di khemah pengasingan namun dimaklumkan pembantu perubatan bertugas mendapati pesakit telah tiada disyaki melarikan diri.

"Pegawai perubatan berkenaan bertindak menghubungi pesakit tetapi tidak berjaya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pesakit berkenaan kemudiannya datang semula ke klinik tersebut kira-kira jam 11.30 pagi tadi dengan menunggang motosikal bersendirian.

"Siasatan dijalankan mendapati pesakit telah pergi ke Klinik Kesihatan Bukit Naga bersama isterinya pada 12 Mac lalu.

"Isteri pesakit tersebut tidak mahu pesakit ditahan oleh pihak hospital menyebabkan pesakit cuba melarikan diri ketika mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan:

"Pesakit bersama isterinya telah keluar dari klinik dan bermalam di kedai dobi Seksyen 18, Shah Alam," katanya.

Katanya, pesakit akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!