Harap keputusan tidak ratifikasi ICERD diterima semua pihak
Mohamad Hasan
A
A
A
Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Hasan berkata, sebarang usaha untuk membangkitkan kembali isu yang telah diputuskan itu, dihentikan.
Menurutnya, keputusan tersebut sudah pasti menjawab dan menjadi penamat kepada pelbagai spekulasi serta pertikaian selama ini.
“Selepas pelbagai penegasan dan bantahan yang dikemukakan oleh Umno serta pergerakan sivil di peringkat massa, saya secara peribadi dan parti berterima kasih dan menyambut baik keputusan tegas dan berprinsip ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD ]
Kerajaan hari ini mengesahkan tidak meratifikas ICERD.
Pejabat Perdana Menteri sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum sewaktu pembentukan negara ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata Umno akan terus memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan PH dalam sebarang usaha yang membawa kebaikan serta kesejahteraan antara kaum di negara ini.
“Kami turut komited untuk terus membantu menambah baik formula keharmonian kaum yang kita bina dan amalkan selama ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!