'Kerajaan baharu tidak bersungguh pulih ekonomi, tangani Covid-19'

Anwar -Foto Bernama
Anwar -Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi dan menangani penularan koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara ketika ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat PH yang dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu pagi tadi.

Menurut Anwar, ekonomi negara tidak menunjukkan perkembangan tetapi semakin merudum selain negara berdepan penularan Covid-19 serta penurunan harga minyak dunia.

Bagaimanapun, dakwa beliau, pemimpin kerajaan PN tidak menunjukkan kesungguhan dalam perkara tersebut sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada politik.

"Pemimpin negara sekarang tidak menampakkan kesungguhan selain daripada menjadikan politik ini sebagai medan untuk memperoleh dukungan ahli-ahli parlimen dengan sogokan kedudukan atau wang ringgit.

"Perlu ada satu kenyataan seperti mana yang pernah berlaku dalam PH, di mana ada kesungguhan keputusan-keputusan yang bijak untuk memastikan ia (Covid-19) dapat dikawal. Kita memerlukan orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan untuk memulihkan ekonomi. Sikap perkauman akan menyebabkan keadaan ekonomi kini meruncing dan merosot," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!