Sarawak tangguh perhimpunan kerajaan, awam

Gambar hiasan. Foto: 123RF
Gambar hiasan. Foto: 123RF
A
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam mengeluarkan garis panduan meminta semua perhimpunan kerajaan dan awam, yang melibatkan lebih 250 peserta ditangguhkan susulan laporan tiga kes positif Covid-19 di negeri ini.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan penangguhan itu perlu dibuat sehingga diberitahu kelak, dan ia turut meminta seluruh rakyat Sarawak untuk menangguh atau menunda perjalanan yang tidak penting ke Brunei, Sabah dan Semenanjung Malaysia pada masa ini.

“Pelawat dari negara Brunei Darussalam, Sabah dan Semenanjung Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan atau menunda perjalanan mereka ke Sarawak,” kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!