Zii Jia kejutkan Chen Long
Lee Zii Jia
A
A
A
Zii Jia pemain bukan pilihan kejohanan yang bermain buat pertama kalinya di kejohanan berprestij bernilai AS$1.1 juta (RM4.705 juta) itu, menunjukkan prestasi terbaik untuk mengalahkan Juara Olimpik dari China Chen Long, 21-12, 21-18, dalam perlawanan suku akhir yang disiarkan sebuah stesen televisyen swasta.
Kejayaan ini merupakan kemenangan kedua Zii Jia mengatasi pemain nombor lima dunia itu, dalam empat pertemuan mereka sejak 2018.
Kali pertama Zii Jia mengalahkan Cheng Long di Terbuka Indonesia 2019.
Pada Rabu, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 Manila itu, menewaskan pemain nombor enam dunia Jonatan Christie dari Indonesia pada perlawanan pusingan pembukaan Seluruh England.
Zii Jia akan bertemu sama ada pemain pilihan kedua kejohanan Viktor Axelsen dari Denmark atau pilihan ketujuh, Shi Yuqi dari China, bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!