Covid-19: MAM gesa komuniti sukan permotoran tangguh aktiviti

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) menggesa komuniti permotoran menangguhkan sementara semua aktiviti sukan itu, sehingga penularan Covid-19 beransur baik.

Menurut kenyataan MAM hari ini, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Pesuruhjaya Sukan serta perbincangan dengan suruhanjaya perubatan badan pengelola sukan bermotor di Malaysia itu.

Sekiranya penganjur mahu meneruskan penganjuran acara mengikut jadual ditetapkan, MAM mencadangkan supaya ia dijalankan dengan penglibatan petugas dan penonton yang minimum seperti penganjuran acara secara tertutup.

Penganjur juga perlu bertanggungjawab terhadap pematuhan kebersihan diri, bagi mengurangkan risiko jangkitan dan pada masa sama mematuhi garis panduan ditetapkan oleh KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk peserta kejohanan tersebut.

Ini termasuk menyediakan cecair pembasmi kuman, disinfeksi kawasan sentuhan di tempat awam secara kerap dan menggalakkan amalan kebersihan.
Artikel Berkaitan:


“MAM memantau keputusan yang dibuat oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motorsikal Antarabangsa (FIM) ke atas semua acara yang diiktiraf badan berkenaan.

“Ia sesuatu yang mendukacitakan tetapi kita memahami apabila banyak acara utama dibatalkan untuk mencegah penyebaran Covid-19. Kami akan terus berhubung dengan agensi kerajaan berkaitan dan memaklumkan maklumat terkini kepada komuniti permotoran,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!