Calon Bebas terkejut...
CAMERON HIGHLANDS - Calon Bebas, Wong Seng Yee akui terkejut dengan penyebaran gambar seorang wanita berbaju logo PH mengagihkan wang yang tular di media sosial.
Katanya, lebih malang perkara itu berlaku selepas tiga calon PRK Cameron Highlands menandatangani ikrar pilihan raya bersih anjuran Bersih 2.0.
"Saya berharap PH mengambil langkah sewajarnya dan tegas supaya menjaga PRK Cameron Highlands ini bersih dan amanah seperti mana ketiga-tiga calon telah berikrar kita nak jaga kempen PRK ini agar bersih.
"Saya harap semua calon dapat ikut apa yang kita telah janjikan, itu sangat penting. Apa yang Bersih 2.0 buat itu satu pendekatan yang bagus untuk suasana politik di Cameron Highlands," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Semalam, tular di media sosial gambar yang memaparkan seorang wanita memakai baju PH memberikan wang kepada masyarakat Orang Asli.
Situasi itu menerima pelbagai reaksi dan beberapa laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) serta polis dibuat oleh pelbagai pihak antaranya Pemuda MIC dan Pemuda Umno Pahang, semalam.
Pada hari pertama kempen PRK Cameron Highlands, tiga daripada empat calon iaitu Seng Yee, M Manogaran (PH) dan Salehuddin Ab Talib (Bebas) menandatangani ikrar bagi menyokong pilihan raya bersih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!