'Tak puas hati Kabinet baharu hanya sementara...'
PASIR MAS - Ketidakpuasan hati beberapa pihak berhubung pembentukan Kabinet baharu hanya bersifat sementara.
Ketua Bersatu Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa berkata, pemimpin Melayu sepatutnya memberi fokus kepada pembentukan negara yang lebih baik terutama rakyat yang sudah lama menanti kerajaan baharu.
“Mungkin ada sedikit tentangan tetapi saya yakin ia akan reda. Kalau dulu, kita salahkan DAP, tapi sekarang ini DAP sudah tiada.
“Sepatutnya tidak timbul sebarang isu kerana pemimpin kerajaan kita majoritinya Melayu. Kita perlu terus ke hadapan dengan pentadbiran baharu ini,” katanya kepada pemberita di sini ketika sidang akhbar berkaitan sokongan ahli Bersatu Bahagian kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ARTIKEL BERKAITAN: Tajuddin tidak puas hati agihan Kabinet untuk UMNO
Wanita UMNO mahu Zahid dalam Kabinet
UMNO tidak berlebihan tuntut agihan jawatan Kabinet: Khaled
Komposisi Kabinet tak adil kepada UMNO, kata Tok Mat
Beliau yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu memberitahu, pemimpin Melayu kini perlu menebus kembali sejarah yang berlaku dalam negara ini sejak 60 tahun lalu.
“Kita sudah silap 60 tahun, jadi saya menyeru semua pemimpin Melayu dari semua parti mengambil kesempatan dengan perbetulkan sejarah demi kebaikan orang Melayu dalam negara kita.
“Sudah semestinya Pakatan Harapan akan melihat setiap inci ruang untuk menyerang dan memecahkan perpaduan dalam Perikatan Nasional. Saya yakin setelah melalui episod yang menakutkan kita akan terus mara,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!