'Nike' alami anemia
QUEENSLAND - AUSTRALIA . Seekor ular sawa yang dihinggapi lebih 500 sengkenit spesies kutu penghisap darah pada haiwan dilaporkan berada dalam keadaan lemah dan mengalami anemia.
Ular digelar Nike itu diselamatkan dari kawasan belakang sebuah kolam renang di Gold Coast di Queensland pada minggu lalu.
Ia yang mengalami 'jangkitan teruk' kini dirawat oleh veterinar.
"Keadaan itu (dihinggapi ratusan sengkenit) menyebabkannya tidak bergerak. Kami berharap dapat melepaskannya ke habitat asalnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Nike kini diletakkan di bawah jagaan pakar dan berharap ia akan pulih sepenuhnya," kata Hospital Hidupan Liar Currumbin dalam satu kenyataan.
Difahamkan, sengkenit boleh menyebabkan anemia atau kekurangan sel darah merah kerana ia menyedut darah dari haiwan dihinggapinya. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!