Kerajaan perlu bantu sektor penerbangan

Dr Shazali Abu Mansor
Dr Shazali Abu Mansor
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu campur tangan dengan membantu syarikat penerbangan negara melalui pakej rangsangan ekonomi sedia ada berikutan wabak koronavirus (Covid-19) semakin membimbangkan.

Pakar ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, sektor penerbangan sebelum ini banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara terutama dalam sektor pelancongan.

“Sudah tiba masanya kerajaan turut menghulurkan bantuan supaya sektor ini dapat terus memberikan perkhidmatan dalam keadaan yang mencabar ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Dr Shazali yang juga Profesor Kanan Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, memberi cuti tanpa gaji kepada kakitangan adalah langkah untuk survival syarikat penerbangan dalam menghadapi situasi sukar kini.

Menurutnya, situasi itu bukan disebabkan syarikat terbabit tidak kompetitif menyediakan perkhidmatan tetapi disebabkan wabak Covid-19 di peringkat global.

“Saya difahamkan ada syarikat penerbangan terpaksa menangguhkan pembayaran gaji kepada pekerja disebabkan situasi yang membelenggu dunia ketika ini.

“Jadi kita perlu memahami keadaan yang dialami mereka ketika ini disebabkan wabak Covid-19 ini banyak syarikat penerbangan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia terpaksa membatalkan laluan penerbangan menyebabkan pendapatan syarikat turut terjejas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas baru-baru ini. - Foto Bernama
Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas baru-baru ini. - Foto Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!