Topeng muka, hand sanitizer habis

Salah seorang pengguna (kiri) cuba menggunakan alkohol-pack yang boleh digunakan sebagai pengganti hand-sanitizer.
Salah seorang pengguna (kiri) cuba menggunakan alkohol-pack yang boleh digunakan sebagai pengganti hand-sanitizer.
A
A
A

KOTA BHARU – Bekalan topeng muka di negeri ini didakwa habis berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Topeng muka kini semakin laris bukan sahaja dalam kalangan pelajar dan guru pejabat malah turut digunakan di semua premis kerajaan, kedai makan, hotel dan sebagainya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati penjual termasuk farmasi buntu untuk mendapatkan bekalan itu yang dikatakan semakin berkurangan sejak hujung Januari lalu.

Seorang petugas yang ditemui memberitahu, sebelum ini hanya pengguna tertentu sahaja yang datang membeli topeng muka terutama mereka yang bekerja di tempat yang terdedah kepada debu dan asap.

“Sejak ada wabak Covid-19, kami kehabisan bekalan beberapa bulan lalu. Ada juga pelanggan dari Terengganu dan Pahang menghubungi kami untuk bertanyakan bekalan," katanya.

Fared
Fared

Petugas berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak hanya bergantung kepada topeng muka tetapi perlu menjaga kebersihan melalui penggunaan sanitizer dan kerap mencuci tangan.

"Jika tidak mempunyai hand-sanitizer pengguna juga boleh menggunakan ‘alkohol-pack’ untuk membersihkan tangan sebagaimana penggunaan pencuci tangan biasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, pengeluar topeng muka perlu merancang dengan baik bagi memastikan bekalan dapat diagihkan sebaik mungkin terutama di negeri yang terjejas dengan wabak tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Yang Dipertua Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, persatuan itu menerima aduan berkaitan kenaikan harga topeng muka.

Justeri beliau menasihatkan peniaga di negeri ini tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga

tanpa sebab munasabah berikutan penularan virus berkenaan.

“Ketika topeng menjadi satu keperluan, perkara seperti ini (kenaikan harga) tidak sepatutnya berlaku dan peniaga boleh menjadikannya sebagai satu skop lain iaitu mencipta pelbagai topeng yang lebih menarik minat orang ramai untuk menggunakannya.

“Itu lebih baik dan pembeli akan lebih bersemangat untuk mendapatkan topeng muka dan menggunakannya untuk kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, ada di antara rakyat negeri ini membeli topeng muka melalui atas talian daripada pengedar dari negeri lain kerana stok di beberapa lokasi utama habis.

Beliau berkata, topeng yang digunakan juga perlu mengikut spesifikasi Jabatan Kesihatan supaya memenuhi kriteria penjagaan kesihatan.

“Jangan hanya fikir untuk mendapatkan topeng muka yang cantik dan bergaya, tapi fikirkan kegunaannya yang boleh membantu kita mencegah daripada penularan penyakit terutama melalui batuk dan bersin,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!