Covid-19: JAIS sahkan tiada masjid di Selangor ditutup

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan terdapat sebuah masjid di negeri ini yang ditutup ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, arahan penutupan masjid hanya akan diumumkan selepas JAIS membuat semua pertimbangan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengarahkan setiap masjid di negeri ini untuk meneruskan solat berjemaah dengan menetapkan langkah kawalan yang lebih ketat.

"Pembersihan premis-premis masjid perlu dilakukan segera dengan mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Mohd Shahzihan Ahmad
Mohd Shahzihan Ahmad

Sebelum ini, satu notis penutupan sementara sebuah masjid di sekitar Seksyen 27, Shah Alam tular di media sosial.

Difahamkan, penutupan itu susulan daripada seorang jemaah masjid berkenaan yang didapati positif Covid-19 selepas bercuti ke Vietnam baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata, notis arahan penutupan berkenaan sebenarnya dikeluarkan oleh nazir masjid itu tanpa pengetahuan JAIS.

Artikel Berkaitan:

"Saya dah arahkan penarikan balik arahan ini dan aktiviti diteruskan," katanya.

Tambah beliau, pengurusan masjid juga diminta memaklumkan kepada jemaah yang dikenal pasti positif atau sedang menunggu keputusan ujian wabak itu supaya menjalani proses kuarantin di rumah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!