Raptor Watch tetap dikunjungi
Presidennya, Prof Dr Ahmad Ismail berkata, aktiviti sambutan yang memasuki kali ke 21 ini, diadakan setiap minggu kedua bulan Mac.
Katanya, walaupun tahun ini tidak semeriah tahun lalu, namun pihaknya tetap menjalankan beberapa aktiviti seperti pameran bagi memenuhi permintaan peminat burung yang hadir.
"Semalam sahaja lebih 700 pengunjung yang hadir ke lokasi penghijrahan burung pemangsa ini.
"Setiap pengunjung yang hadir kita akan saring tahap kesihatan mereka dan juga menyediakan sabun pembersih tangan khas untuk mencegah Covid-19," katanya.
Tambahnya, aktiviti ini mendapat sokongan kerajaan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Tourism Malaysia.
Katanya, pada tahun lalu lebih 3,000 pengunjung menyertai aktiviti melihat burung hijrah ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!